Issued : 26 Julai 2010
Deadline:30 Julai 2010
Pada tugasan kali ini kami perlu menyiapkan 2 topeng muka daripada 'papier mache' :
- Topeng mengikut muka sendiri berdasarkan warna kulit masing2.
- Topeng dengan emosi yang berwarna hitam dan putih.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat topeng ini adalah:
- Kertas,warna air,tepung ubi,gam,berus,gunting,bekas,tisu,air panas.
Cara-cara untuk membuat topeng:
Langkah 1:Gunting kertas mengikut saiz yang bersesuaian.Kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi air.Biarkan kertas itu selama beberapa minit sehingga ia menjadi lembut.
Langkah 2:Bancuh tepung ubi dengan air panas sehingga likat atau menjadi gam.
Langkah 3:Dengan bantuan seorang kawan,letakkan tisu di atas muka sebagai lapisan pertama,kemudian letakkan kertas yang telah direndam tadi di atas tisu/seluruh muka..Seterusnya sapukan gam..
Langkah 4:Ulang langkah 3 sehingga menjadi lapisan yang keras..setelah lapisan kertas itu kering,tanggalkan dari muka dengan berhati-hati.
No comments:
Post a Comment