Tugasan kali ini kami perlu design survival kit pada IBU dengan berpandukan maklumat dalam galeri penyelidikan USM.Kami perlu membuat design survival kit berdasarkan penemuan dalam galeri tersebut iaitu penyelidikan dari tahun 2004-2008.Dalam semua penyelidikan tersebut saya memilih penemuan pada tahun 2007 iaitu "A New Adhesive from Waste Polystryrene,2007" daripada Dr.Issam Ahmed Mohammed.Saya tertarik dengan penemuan ini dimana polisterina terbuang digunakan sebagai bahan pelekat.Bahan ini sangat berguna kepada IBU dan PONDOK serta sesuai dijadikan Survival Kit sekiranya menghadapi bencana.Penggunaan polisterina ini juga dapat mengurangkan pencemaran dan mewujudkan persekitaran yang bersih.
-polisterina terbuang yang digunakan untuk menghasilkan pelekat..
polisterina ini kelihatan lembut dan ringan tetapi apabila dicampurkan dengan chemical seperti coumarone-indene dan toulene ia akan menjadi lebih kuat.Pelekat ini menjadi lebih kuat jika digunakan pada kayu dan plastik..
gambar yang diambil daripada penyelidikan tersebut
-pelekat yang dihasilkan daripada polisterina terbuang..
Pelekat ini boleh digunakan untuk mencantumkan sesuatu bahan di dalam IBU mahupun PONDOK.Ia dapat menjadikan bahan tersebut lebih kukuh dan mampu bertahan lebih daripada 4o hari.Selain itu bahan pelekat ini juga boleh digunakan untuk menutup segala lubang yang ada pada IBU bagi memastikan tidak berlaku kebocoran dan dimasuki air.Pelekat ini sangat sesuai digunakan kerana dapat bercantum dengan bahan2 lain seperti kaca,kayu,plastik dan kertas keras..
No comments:
Post a Comment