Monday, October 4, 2010

BIG (Bamboo Interest Group)

Pada 4 Oktober 2010,satu perbincangan tentang BIG serta lompatan APEX ke 2012 telah diadakan di dewan kuliah e48b.Perbincangan ini dikendalikan oleh En Wan Burhanuddin. Dalam perbincangan tersebut En Wan telah memperkenalkan organisasi penggerak yang terlibat dalam BIG.Antaranya Naib Canselor USM ,Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak,Profesor Dr Ir. Mahyuddin Ramli,En Wan Burhanuddin bin Wan Abdullah,Ar Mohd Najib bin Mohd Salleh dan beberapa orang lagi...

En Wan menerangkan mengapa buluh menjadi pilihan untuk BIG..Ini kerana buluh mempunyai 7 titik APEX iaitu :
  1. masa hadapan
  2. kelainan
  3. kelestarian
  4. kemanusiaan
  5. kesejagatan
  6. perubahan
  7. pengorbanan

Namun titik yang ke-7 ,pengorbanan tidak terdapat pada buluh tetapi ianya datang dari diri manusia itu sendiri..

Pada akhir sesi tersebut,En Wan memberi peluang kepada semua peserta untuk menanyakan soalan..Antara soalan-soalan yang dikemukakan ialah :

  1. Bagaimana projek BIG menyumbang kepada APEX?
  2. Berapa banyak buluh yang kita ada?
  3. Berapa lama buluh dapat bertahan?
  4. Adakah buluh dapat menjana sumber tenaga daripada air?
  5. Bagaimana sekiranya bencana yang berlaku bukanlah banjir seperti yang dijangkakan?
  6. Adakah buluh dapat digunakan dalam bidang perubatan?

Sekian....

No comments:

Post a Comment